Thursday 23 April 2015

Lawatan ke Media Karangkraf

21 April berangkat ke Media Karangkraf bersama 39 pelajar dan dua orang lagi rakan sejawat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya di Karangkraf. Satu lawatan yang menyeronokkan apabila dilayan oleh Pn Kesuma yang ceria. Ternyata pelajar-pelajar teruja dengan info yang didapati dan tidak melepaskan peluang untuk melontarkan pertanyaan apabila berpeluang.
jom tengok!!!

#lawatankarangkraf
#enalynzack











Sunday 19 April 2015

20 April 2015 bersamaan 1 Rejab



Inilah antara whatsapps yang ku terima berkaitan dengan 1 Rejab... Selamat berpuasa sunat Rejab dan semoga umur kita sampai ke Ramadhan akan datang, In shaa Allah..

Monday 24 March 2014

MH370...Berakhirnya saTU penantian...

Assalamualaikum wbrt....salam sejahtera

Hari ini hati terpanggil untuk mencoret sesuatu ekoran pengumuman oleh PM yang menyatakan bahawa perjalanan pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi...

Sebelum ini hati sentiasa berharap dan tidak putus harapan. Doa sentiasa dipohon agar hasil yang positif ditampakkan.




Walaupun saya bukan siapa-siapa pada mereka atau mereka bukan siapa-siapa pada saya tetapi disebabkan sentiasa mengikuti perkembangan berita ini dirasakan mereka ini sangat hampir dengan saya. Sepanjang kehilangan mereka, secara tak langsung pelbagai ilmu turut saya dapati tentang ilmu penerbangan seperti yang telah dijelaskan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, bekas ketua juruterbang MAS.



Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Hanya ucapan takziah dapat diberi kepada keluarga yang terlibat dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.





#mh370

Wednesday 8 January 2014

2014... Senyum Seindah Suria

Assalam...
Lama tak menjenguk blog ni. Hari ni hati meronta-ronta untuk menitipkan sepatah dua kata di sini. Tahun ni nak cuba lagi berkongsi cerita di sini, in shaa Allah. Jumpa lagi nanti yer... :)

Friday 9 March 2012

Dah lama sangat tak berkesempatan menjenguk blog ni. Entahlah...perasaan malas menguasai diri. Tapi pagi ini ingin rasanya mencoretkan sesuatu. Tanggal 5 Mac 2012 bersamaan 12 Rabiulakhir 1433H mencalit titik kesedihan dalam hati-hati kami. Mak pergi menemui PENCIPTAnya. Mak dijemput pada jam 12.30 tgh malam. Mak selamat disemadikan jam 11.30 pagi. Aku redha dengan pemergian mak tapi air mata tetap merembes.
      Fikiran terasa kosong. Biarlah aku menoktahkan dulu bicara ini.

Monday 30 January 2012

Penghujung Januari 2012

Assalamualaikum wbrt...salam sejahtera
Hari ni 31hb Jan 2012, hari terakhir dalam bulan ini. Lamanya tidak menulis di blog ni!!! Kalau hari ni tidak kutulis blog ni, maknanya tiada sebarang 'posting' untuk Januari. Kekangan masa yang menyebabkan tinta terhenti seketika. Walaupun baru bulan Januari tetapi banyak peristiwa yang berlaku. Bolehlah dianggap bulan yang sibuk.
     Setelah lama tidak mengunjungi Kelinik Kesihatan (KK - bukan KK Home Decor), bulan ini ia kukunjungi dengan semangat dan azam untuk memberi perhatian yang serius terhadap kesihatan. Jadi setiap seminggu (KK) menjadi tumpuanku sehingga hujung Februari yang akan datang sebelum temujanji dengan doktor. Lawatan sosialku ke KK biasanya disambut oleh misi-misi yang peramah. Selain mengambil tekanan darah (BP), pemeriksaan darah juga dilakukan. Semuanya ditemani oleh hubby tersayang yang kadang2 terpaksa masuk kerja lewat disebabkan oleh perkara ini. Alhamdulillah kerana mendapat seorang suami yang sangat mengambil berat. Tapi... jangan tak tau, hubbyku juga turut menjalani pemeriksaan yang sama cuma tidaklah sekerap aku.... :)


     Tahun ini juga aku diberi tanggungjawab untuk menjadi Guru Kelas 2 Kreatif dengan jumlah pelajar seramai 40 orang. Biasalah awal tahun agak sibuk dengan pengurusan kelas yang memerlukan guru kelas mengutip yuran PIBG, tempahan tanda nama, mengisi borang SPBT dan sebagainya. Pelajar sekarang sangat bertuah kerana semuanya mendapat kemudahan pinjaman buku teks. Begitu juga dengan pendaftaran ko kurikulum untuk pelajar-pelajar ini bermula dengan Rumah Sukan, Kelab atau Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan. Latihan untuk rumah sukan telah pun bermula pada minggu ini kerana larian merentas desa akan diadakan pada bulan Mac. Bulan Januari ini juga banyak cuti sempena sambutan Tahun baru Cina. Jadi walaupun sibuk, masih ada ruang untuk melapangkan minda yang tertekan.
     Semoga selepas ini blog ini tidak akan kubiarkan sepi lama sangat...

Saturday 31 December 2011

Penutup Tahun Masehi 2011...

Salam
Sebagai penutup tirai 2011, ingin dikisahkan apa yang berlaku dalam tahun ini. Tapi rasanya nanti jadi macam kat TV pulak...sorotan 2011. Jadi biarlah entri kali ringkas sahaja...
Tahun 2011 ini telah dilalui dengan pelbagai peristiwa, suka dan duka... Walau bagaimana tabah pun hati ini, sesekali tumpah jua air mata. Tapi itu semua adalah warna-warna kehidupan.

Dalam karier, bukan sedikit cabaran yang dilalui; kesedihan dan kepedihan selalu disembunyikan. Bukan untuk menutup kelemahan tapi dalam usia yang semakin dewasa ini, seharusnya semua dapat dilalui dengan hati yang terbuka. Terima kasih pada suami yang sentiasa menjadi pendengar yang setia dan kaunselor yang baik, yang selalu menyejukkan hati.

Keluarga??? Hahaha....betapa beruntungnya diriku kerana mendapat suami yang sebaik hubbyku. Tak tau marah-marah sebaliknya dialah teman yang paling 'cool'. Korang ada??? (sekadar meminjam kata-kata yang sering digunapakai oleh remaja zaman sekarang). Jangan ada yang ambil hati yer...

Akhir kalam, nak kongsi gambar-gambar yang diambil di pantai Port Dickson. Enjoy the view....