Saturday 31 December 2011

Penutup Tahun Masehi 2011...

Salam
Sebagai penutup tirai 2011, ingin dikisahkan apa yang berlaku dalam tahun ini. Tapi rasanya nanti jadi macam kat TV pulak...sorotan 2011. Jadi biarlah entri kali ringkas sahaja...
Tahun 2011 ini telah dilalui dengan pelbagai peristiwa, suka dan duka... Walau bagaimana tabah pun hati ini, sesekali tumpah jua air mata. Tapi itu semua adalah warna-warna kehidupan.

Dalam karier, bukan sedikit cabaran yang dilalui; kesedihan dan kepedihan selalu disembunyikan. Bukan untuk menutup kelemahan tapi dalam usia yang semakin dewasa ini, seharusnya semua dapat dilalui dengan hati yang terbuka. Terima kasih pada suami yang sentiasa menjadi pendengar yang setia dan kaunselor yang baik, yang selalu menyejukkan hati.

Keluarga??? Hahaha....betapa beruntungnya diriku kerana mendapat suami yang sebaik hubbyku. Tak tau marah-marah sebaliknya dialah teman yang paling 'cool'. Korang ada??? (sekadar meminjam kata-kata yang sering digunapakai oleh remaja zaman sekarang). Jangan ada yang ambil hati yer...

Akhir kalam, nak kongsi gambar-gambar yang diambil di pantai Port Dickson. Enjoy the view....




Tuesday 27 December 2011

IF We Don't Support, Who Will???

Last week, felt like buying new t-shirts for next year co-curricular activities. So, I just browse the internet to buy something online. I came across to this web...(asmuslim.com. I was so excited viewing the t-shirts. The web also offers swimsuits for muslim and muslimah.

After I made the order and was contacted through email, I made the payment. Alhamdulillah, after that I was contacted through email by Pn Sofia. After discussing the t-shirts that I have chosen, she offered me a deal that I couldn't refuse. And two days later, I received the parcel that contains the clothes. Taaraaaa...

I was very satisfied with the quality of the t-shirts and would like to recommend them to all of you out there. I didn't get any commission for promoting this web ;). I am just giving my support to Puan Sofia... You can also check her fb.

Thursday 22 December 2011

You deserved it!!!

Hari ni ramai yang ke sekolah walaupun sesi persekolahan tahun 2012 belum lagi bermula. Kenapa yer? Nak beli kelengkapan sekolah di koperasi ker? atau nak check kat notice board,kelas mana tahun depan??? Tapi hairan juga, kenapa yang sibuk nak ke sekolah tu Form 3 jer? Takkan dah puas bercuti kot??? Oooo...patutlah. Kalau tidak, jangan haraplah mereka nak tunjuk muka kat sekolah. Result PMR diumumkan hari ni. Cikgu-cikgu pun kenalah ke sekolah juga untuk menguruskan penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar-pelajar tersebut. Pelbagai reaksi dan riak wajah yang terpamer di wajah anak-anak ini. Ada yang ceria, ada yang duka. Apa yang kita usahakan, itulah hasil yang kita dapat. Tak perlu menuding jari pada sesiapa kerana satu jari yang dituding menyalahkan orang lain, empat jari lagi menuding ke diri sendiri. Fikir-fikirkanlah... Pada yang dah berjaya tentu rasa berbaloi kerana jerih payah sebelum ini telah berbayar. Pada yang telah berjaya, tahniah dan teruskan kejayaan itu di masa hadapan. Anda memang layak menerimanya. Tapi janganlah kejayaan ini membuatkan kita lupa diri dan leka. Bagi yang kurang cemerlang pula, jangan putus asa. Gandakan usaha dan kejayaan pasti menanti anda di hadapan.Jadikan kegagalan hari ini sebagai penyuntik semangat untuk meraih kejayaan.

Monday 19 December 2011

Restoren d Halia

Semalam rasa nak makan di luar. Kalau ikutkan kat TPS ni, boleh kata semua restoren dah cuba. Pusing-pusing nak cari kedai baru, nak tukar selera...Eh! Tiba-tiba ternampak la Restoren d Halia ni. Apa lagi, mari kita tengok apa yang ada...Ooooo...macam-macam ada. Ni antara menu yg ada...Rasa ok walaupun presentation kira out...hehehe

MENU


CINCAU BANDUNG N APPLE JUICE
NASI GRG CENDAWAN N NASI GORENG KERABU


Nasi oh nasi...

Salam...these few days, I felt a bit gloomy...Unstable hormone, I guess...Boleh terima ke alasan tu? Kenapa hormon tak stabil? Takla...rasanya my bp yg agak tinggi...dah lama tak pergi check...sibuk la sesangat kononnya...hehehe...PM pun ada masa nak jumpa doktor...Makan nasi jer, sakit perut, tak kiralah nasi putih atau nasi goreng...Dah tu nak makan apa??? Susah kalau perut melayu ni...hari2 nak nasi...Ya Allah, jgnlah Kau tarik nikmat makan nasiku...Malam ni nak makan apa????





Sunday 18 December 2011

At last...

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga register blog ni... Dah tertangguh beberapa lama walaupun setelah berbincang dengan hubby. Actually, for the time being, I don't have any idea what to write. Sugar and salt is a blog about life...anything related with life...