Thursday 22 December 2011

You deserved it!!!

Hari ni ramai yang ke sekolah walaupun sesi persekolahan tahun 2012 belum lagi bermula. Kenapa yer? Nak beli kelengkapan sekolah di koperasi ker? atau nak check kat notice board,kelas mana tahun depan??? Tapi hairan juga, kenapa yang sibuk nak ke sekolah tu Form 3 jer? Takkan dah puas bercuti kot??? Oooo...patutlah. Kalau tidak, jangan haraplah mereka nak tunjuk muka kat sekolah. Result PMR diumumkan hari ni. Cikgu-cikgu pun kenalah ke sekolah juga untuk menguruskan penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar-pelajar tersebut. Pelbagai reaksi dan riak wajah yang terpamer di wajah anak-anak ini. Ada yang ceria, ada yang duka. Apa yang kita usahakan, itulah hasil yang kita dapat. Tak perlu menuding jari pada sesiapa kerana satu jari yang dituding menyalahkan orang lain, empat jari lagi menuding ke diri sendiri. Fikir-fikirkanlah... Pada yang dah berjaya tentu rasa berbaloi kerana jerih payah sebelum ini telah berbayar. Pada yang telah berjaya, tahniah dan teruskan kejayaan itu di masa hadapan. Anda memang layak menerimanya. Tapi janganlah kejayaan ini membuatkan kita lupa diri dan leka. Bagi yang kurang cemerlang pula, jangan putus asa. Gandakan usaha dan kejayaan pasti menanti anda di hadapan.Jadikan kegagalan hari ini sebagai penyuntik semangat untuk meraih kejayaan.

No comments:

Post a Comment